Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Semester 4 BCIM (Produksi Skrin), Nur Fathin Nabihah bt Khairul Fahmy, Muhammad Asad bin Ahmad Jusil dan Dhia Qistina bt Noorazhari kerana telah terpilih sebagai penerima Geran Reel Madani@Kampus Bil. 1/2026 bernilai RM25,000.00 daripada FINAS.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian membanggakan buat pelajar dan warga akademik, khususnya dalam memperkukuh bakat kreatif muda dalam bidang produksi skrin, penceritaan visual dan kandungan digital.
Projek ini dilaksanakan di bawah penyeliaan Dr. Syamsul Hirdi bin Muhid dan En. Nassarudin Ab Rasif, yang turut memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar menghasilkan idea serta cadangan produksi yang berkualiti.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada lebih ramai pelajar untuk terus berkarya, berinovasi dan mengangkat industri kreatif negara ke tahap yang lebih tinggi. Tahniah!
Back to News
