Creative Art & Commercial Events
Universiti Utara Malaysia CACE SCIMPA
hello@cacescimpa.edu.myAplikasi & BorangServisExpertsGaleri ShowcaseLokasi

Lebih 270 Pelajar Meriahkan Malaysian Cultural Roadshow SCIMPA UUM

SINTOK, 12 Jun 2026 - Program Malaysian Cultural Roadshow: Reviving Forgotten Flavors anjuran pelajar School of Creative Industry Management and Performing...

Lebih 270 Pelajar Meriahkan Malaysian Cultural Roadshow SCIMPA UUM

Share this news
SINTOK, 12 Jun 2026 - Program Malaysian Cultural Roadshow: Reviving Forgotten Flavors anjuran pelajar School of Creative Industry Management and Performing Arts (SCIMPA), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berlangsung dengan meriah di Ruang CIA SCIMPA, bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Program berkonsepkan apresiasi budaya dan seni ini berjaya mendapat sambutan luar biasa apabila lebih daripada 270 orang pelajar hadir dan terlibat dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Kehadiran para pengunjung telah menceriakan suasana program serta membuktikan bahawa warisan makanan tradisional Malaysia masih mendapat tempat istimewa dalam kalangan generasi muda.

News image
Image caption
Bertemakan “Reviving Forgotten Flavors”, program ini mengetengahkan keunikan makanan tradisional Malaysia melalui pendekatan yang lebih segar, kreatif dan inovatif. Antara aktiviti yang menarik perhatian pengunjung ialah pameran masakan secara langsung, persembahan inovasi makanan tradisional, sesi merasa makanan, ruang fotografi interaktif, sesi penilaian serta pengalaman budaya yang menggabungkan elemen seni, kreativiti dan warisan tempatan.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi SCIMPA UUM, iaitu Dekan SCIMPA, Profesor Madya Gs. Dr. Ruzinoor Che Mat; Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Syamsul Hirdi Muhid; Pengarah CACE SCIMPA, Dr. Fitri Yusof; serta para pensyarah SCIMPA UUM.

Turut hadir ialah para pensyarah bagi subjek Malaysian Culture and Art Appreciation, iaitu penyelaras kursus, Dr. Hushinaidi, bersama-sama Dr. Siti Irna Mustajap dan Cik Fatin. Sokongan serta bimbingan para pensyarah telah membantu para pelajar merancang dan melaksanakan program ini dengan penuh komitmen, kreativiti serta semangat kerja berpasukan.

Kehadiran barisan pengurusan dan pensyarah telah memberikan suntikan semangat kepada para pelajar yang bertungkus-lumus membuat persediaan dan menguruskan setiap ruang pameran dengan penuh kreativiti. Setiap gerai tampil dengan identiti tersendiri melalui susun atur yang menarik, hiasan bercirikan tradisi Malaysia serta persembahan makanan yang kemas dan profesional.

Pihak pengurusan SCIMPA UUM amat berbangga dengan komitmen, kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam menjayakan program ini. Inisiatif tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan kemahiran pengurusan acara, komunikasi dan kreativiti, malah turut memupuk rasa cinta serta penghargaan terhadap warisan budaya negara.

Usaha para pelajar ini wajar dipuji kerana mereka berjaya membuktikan bahawa makanan tradisional bukan sekadar sajian, tetapi juga merupakan sebahagian daripada identiti, sejarah dan khazanah budaya Malaysia yang perlu terus dipelihara serta diperkenalkan kepada generasi akan datang.

Program ini turut mencerminkan aspirasi SCIMPA UUM untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berpengetahuan dan kreatif, malah mampu bekerjasama secara profesional dalam merancang serta melaksanakan aktiviti yang memberikan impak positif kepada komuniti kampus.
News image
Image caption
“Come for the food, stay for the culture.”
Back to News
SCIMPA

CACE SCIMPA Assistant

Ask about services, booking, Google Email, experts, gallery or location.
Hi, I am the CACE SCIMPA assistant. How can I help you today?