Creative Art & Commercial Events
Universiti Utara Malaysia CACE SCIMPA
hello@cacescimpa.edu.myApps & FormsServicesExpertsShowcase GalleryLocation

Pelajar Semester 4 BCIM Terima Geran Reel Madani@Kampus FINAS Bernilai RM25,000

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Semester 4 BCIM (Produksi Skrin), Nur Fathin Nabihah bt Khairul Fahmy, Muhammad Asad bin Ahmad Jus...

Pelajar Semester 4 BCIM Terima Geran Reel Madani@Kampus FINAS Bernilai RM25,000

Share this news
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Semester 4 BCIM (Produksi Skrin), Nur Fathin Nabihah bt Khairul Fahmy, Muhammad Asad bin Ahmad Jusil dan Dhia Qistina bt Noorazhari kerana telah terpilih sebagai penerima Geran Reel Madani@Kampus Bil. 1/2026 bernilai RM25,000.00 daripada FINAS.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian membanggakan buat pelajar dan warga akademik, khususnya dalam memperkukuh bakat kreatif muda dalam bidang produksi skrin, penceritaan visual dan kandungan digital.

Projek ini dilaksanakan di bawah penyeliaan Dr. Syamsul Hirdi bin Muhid dan En. Nassarudin Ab Rasif, yang turut memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar menghasilkan idea serta cadangan produksi yang berkualiti.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada lebih ramai pelajar untuk terus berkarya, berinovasi dan mengangkat industri kreatif negara ke tahap yang lebih tinggi. Tahniah!
Back to News
SCIMPA

CACE SCIMPA Assistant

Ask about services, booking, Google Email, experts, gallery or location.
Hi, I am the CACE SCIMPA assistant. How can I help you today?