SINTOK, Kedah – School of Creative Industry Management and Performing Arts (SCIMPA), Universiti Utara Malaysia (UUM) merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh warga universiti, komuniti, rakan industri serta penganut Buddha di Malaysia.
Sambutan Hari Wesak yang diraikan pada 31 Mei 2026 (Ahad) merupakan satu perayaan yang penuh makna dalam memperingati nilai keamanan, kasih sayang, kebijaksanaan dan kesejahteraan sejagat. Hari yang istimewa ini turut mengingatkan masyarakat tentang kepentingan hidup dalam harmoni, saling menghormati serta menyemai nilai kemanusiaan dalam kehidupan seharian.
Bersempena sambutan ini, SCIMPA UUM berharap semangat toleransi, belas ihsan dan perpaduan terus diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya demi mewujudkan suasana yang aman, harmoni dan sejahtera.
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan kepada semua.
“Membina kedamaian, memupuk kebijaksanaan, menyemai belas ihsan.”
Ikhlas daripada:
Seluruh Warga School of Creative Industry Management and Performing Arts (SCIMPA)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Back to News
