SINTOK, Kedah – School of Creative Industry Management and Performing Arts (SCIMPA), Universiti Utara Malaysia (UUM) merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kaamatan dan Hari Gawai 2026 kepada seluruh warga universiti, komuniti kreatif, rakan industri serta masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya.
Perayaan Kaamatan dan Hari Gawai merupakan simbol kesyukuran, perpaduan serta penghargaan terhadap warisan budaya dan hasil tuaian yang diraikan penuh makna oleh masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Sambutan ini mencerminkan semangat kebersamaan, keharmonian dan nilai saling menghormati dalam masyarakat majmuk negara.
Bersempena sambutan ini, SCIMPA UUM berharap semangat perpaduan, kebudayaan dan kemanusiaan terus diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat, selaras dengan aspirasi keharmonian dan kesejahteraan bersama.
Semoga sambutan Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran, kesihatan serta kebahagiaan kepada semua yang meraikannya.
“Perbezaan budaya kita raikan, perpaduan kita kekalkan.”
Ikhlas daripada:
Seluruh Warga School of Creative Industry Management and Performing Arts (SCIMPA)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Back to News
