Panduan SCIMPA Event Hub

Rujukan ringkas untuk mengurus akaun, event, peserta, ticketing, penilaian, sijil digital dan sokongan mobile.

Topik 2 daripada 8

Akaun, Login dan Peranan

Daftar akaun, pilih plan Free atau subscribe terus, dan akses event mengikut peranan yang dibenarkan.

Akaun, Login dan PerananConnect · Manage · Experience

Jenis akaun utama:

  • Super Admin: kawal semua event, pengguna, manual, subscription, kod diskaun dan tetapan sistem.
  • Event Admin: urus event yang diberikan sahaja.
  • Pensyarah / Juri: menilai event atau kumpulan yang ditugaskan.
  • Peserta / Pelawat: daftar event, dapat tiket dan muat turun sijil sendiri.

Aliran daftar akaun:

  • Tekan Cipta Akaun atau Pilih Plan di laman utama.
  • Lengkapkan nama, email, kata laluan dan jenis akaun.
  • Pilih plan akaun: Community Free, Professional Event atau Commercial / Industry.
  • Jika pilih Free, akaun aktif dan boleh terus log masuk.
  • Jika pilih plan berbayar, sistem akan cipta akaun, auto-login sementara dan terus bawa ke ToyyibPay untuk bayaran.
  • Selepas bayaran berjaya, status akaun bertukar kepada Subscriber Berbayar.

Super Admin boleh menaik taraf mana-mana akaun kepada plan berbayar atau Unlimited Function melalui User Management. Akaun peserta, pelajar dan pensyarah biasa aktif automatik. Kelulusan hanya diperlukan untuk menaik taraf pengguna kepada Admin.

1. Baca topikFokus satu modul pada satu masa.
2. Ikut tindakanGunakan dashboard atau landing page berkaitan.
3. Hubungi sokonganEmail eventhub@cacescimpa.edu.my jika perlukan bantuan.