Panduan SCIMPA Event Hub

Rujukan ringkas untuk mengurus akaun, event, peserta, ticketing, penilaian, sijil digital dan sokongan mobile.

Topik 5 daripada 8

Subscription, Bayaran dan Resit Email

Panduan ringkas untuk plan akaun, ToyyibPay, split payment tiket dan email berjenama platform.

Subscription, Bayaran dan Resit Email

Pilihan plan semasa daftar:

  • Laman utama memaparkan plan Free, Professional Event dan Commercial / Industry.
  • Tekan Pilih Plan untuk terus ke borang daftar dengan plan tersebut dipilih automatik.
  • Dalam borang daftar, pengguna boleh tukar plan sebelum cipta akaun.
  • Untuk plan berbayar, pengguna boleh pilih bayaran bulanan atau tahunan.
  • Jika ada kod diskaun, masukkan kod semasa memilih plan berbayar.
  • Butang daftar akan berubah kepada Cipta Akaun & Bayar ToyyibPay apabila plan berbayar dipilih.

Aliran bayaran subscription:

  • Pengguna boleh kekal pada Community Free atau subscribe plan berbayar melalui ToyyibPay Selembar Kreative.
  • Kod diskaun boleh mengurangkan jumlah bayaran atau mengaktifkan plan tanpa bayaran jika nilai diskaun penuh.
  • Apabila bill subscription dijana, sistem menghantar email makluman berjenama SCIMPA Event Hub kepada subscriber.
  • Selepas callback ToyyibPay berjaya, akaun bertukar kepada Subscriber Berbayar dan resit subscription dihantar ke email.
  • Super Admin boleh menaik taraf akaun kepada Unlimited Function melalui User Management dan mengurus kod diskaun di Finance Reporting.

Topup kredit sijil:

  • Jika kuota sijil habis, buka halaman Subscription dalam dashboard.
  • Tekan Beli Topup RM10 / 100 Sijil untuk jana bill ToyyibPay automatik.
  • Selepas bayaran berjaya dan callback ToyyibPay disahkan, sistem auto aktifkan 100 kredit sijil ke akaun pengguna.
  • Token topup dijana sebagai rujukan transaksi dan kredit boleh digunakan untuk jana sijil pukal.
  • Resit topup dihantar secara automatik ke email akaun setiap kali bayaran berjaya.
  • Topup boleh dibuat berulang kali apabila kuota sijil hampir habis atau telah habis.
  • Token manual masih boleh ditebus jika diberikan oleh Super Admin untuk promosi, pembetulan atau topup khas.

Aliran tiket berbayar event:

  • Event admin boleh menetapkan harga tiket sendiri termasuk pakej Biasa, VIP, VVIP, Platinum, Gold atau Bronze.
  • Jika checkout ToyyibPay platform split diaktifkan, bayaran tiket menggunakan FPX.
  • Formula transaksi tiket ialah 3% caj platform kepada akaun Selembar Kreative Sdn Bhd dan 97% baki kepada akaun ToyyibPay organizer event.
  • Peratus platform boleh disemak dalam System Settings dan amaun split direkod dalam transaksi tiket untuk audit.
  • Selepas bayaran berjaya, sistem approve pendaftaran, jana tiket QR dan menghantar notifikasi/tiket kepada peserta.
1. Baca topikFokus satu modul pada satu masa.
2. Ikut tindakanGunakan dashboard atau landing page berkaitan.
3. Hubungi sokonganEmail eventhub@cacescimpa.edu.my jika perlukan bantuan.